Saturday, August 16, 2008

KRITIKAN SASTERA

CONTOH SOALAN:
Pelbagai isu yang digunakan oleh kritikus-kritikus sastera tanah air.
(a) sebutkan 3 isu tersebut. (6 markah)
(b) huraikan 3 isu yang anda sebutkan itu beserta peranan isu tersebut dalam usaha mengembangkan sastera tanah air. (16 markah)
Contoh jawapan:
Soalan (a)
  • isu konsep pertentangan fungsi seni
  • isu idealisme formalistik
  • isu kaitan sastera dengan masyarakat

Soalan (b)
Konsep pertentangan fungsi seni:
  • Bermula tahun 50-an ketika ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan.
  • Pertentangan konsep: seni untuk masyarakat dan seni untuk seni
  • Asraf memperjuangkan seni untuk masyarakat
  • Hamzah Hussain memperjuangkan seni untuk seni.
  • Konsep seni untuk mamsyarakat merupakan karya-karya yang berlandaskan mamsyarakat memandangkan masyarakat pada masa itu hidup dalam kemiskinan dan tertindas.
  • Karya-karya yang memperjuangkan masyarakat amat disanjung tinggi kerana kandungannya memperjuangkan cita-cita masyarakat.
  • Hal ini ditentang oleh Hamzah Hussain, namun dikatakan beliau gagal dalam perjuangannya.
  • Pelbagai kritikan berlaku antara kedua-dua belah pihak.
  • isu itu memankan peranan penting kerana karya semakin bertambah dan dianggap bermutu pada zamannya.
  • Kedua-dua pihak berusuaha untuk menghasilkan karya-karya terbaik untuk memperlihatkan konsep yang mereka pegang itu bersesuaian atau bertepatan cita-cita seni mereka.

Konsep idealisme formalistik

  • Penubuhan Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya menjadikan kritikan lebih berdisiplin dan berilmu seperti Syed Huin, Ali Ahmad, Norzah, Hassan Ahmad dan Baha Zain.
  • Kritikan jenis ini dimantapkan lagi dengan kemunculan Hashim Awang, Shahnon Ahmad, Yahya Ismail, Baha Zain yang mirip kritikan ala Barat.
  • Kritikan lebih menitikberatkan keseimbangan antara persoalan estetik.
  • Peranan penting kritikan yang membabitkan isu ini ialah kritikan yang dilakukan lebih mendalam jika dibandingkan kritikan zaman Aminuddin Baki pada tahun 40-an.

Kaitan Sastera Dengan Masyarakat:

  • Ketika perjuangan ASAS 50.
  • slogan Seni Untuk Masyarakat yang mementingkan masyarakat dalam karya.
  • Contoh tulisan Asraf ialah: Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu.
  • Kassim Ahmad mengkritik novel Ranjau Sepanjang Jalan, Sajak; Sungai Mekong dan Sajak: Meditasi
  • RSJ- tidak menepati reliti hidup petani dan bernada pesimis, SM-tidak bermanfaat kepada masyarakat.
  • Dengan adanya kritikan-kritikan seperti ini, pengarang akan lebih berhati-hati untuk menghasilkan karya-karya mereka
  • Isu ini lebih menekankan realiti masyarakat dan sesuai untuk membentuk corak hidup masyarakat.

No comments: