Oleh OTHMAN PUTEH
MEMAHAMI kritikan sastera merupakan hasil pentafsiran pembaca (pengkritik) terhadap karya sastera tertentu yang dihayatinya dengan teliti dan rapi. Pengkritik bertanggungjawab menghuraikan pengalaman pembacanya sesudah menghayati dan memahami sesuatu karya sastera. Tulisan kritikan sastera menampilkan pengalaman dan pengetahuan pengkritik yang berusaha secara objektik menghuraikan, mentafsir dan memperjelaskan nilai teks atau karya sastera. Pengkritik yang baik dan berwibawa, dalam usaha meletakkan nilai sesuatu karya itu, seharusnya mengetahui poetika pengarang. Apatah lagi, sastera dan kritikan sastera itu saling memerlukan dan saling melengkapi dalam upaya meningkatkan dan memartabatkan kesusasteran bangsa. Di Malaysia, terdapat enam ciri kritikan sastera iaitu sanjungan, terguran, saranan, pendekatan, penganalisisan, dan penilaian (STSPPP). Berikut ini, dibincangkan setiap satu ciri kritikan sastera itu.
1.Kritikan Sanjungan ISTILAH sanjungan bermaksud pernyataan rasa kagum atau senang terhadap orang lain. Jadi, kritikan sanjugan bermaksud memuji karya dan pengarangnya yang menyerlahkan pemikiran bernas, di samping menampilkan elemen dalaman karya yang baik dan menarik. Kritikan sastera berciri sanjungan ini ketara, seawal sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua dan selepas itu, terutamanya pada era pascaperang dan pra-ASAS '50. Pengkritik pada era tersebut terdiri daripada pengarang kreatif seperti Keris Melayu (Muhammad Yassin Maamor) dan Anak Negeri (Mohd. Yusof Ahmad). Kritikan mereka tertumpu pada Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang dan Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi. Kedua-dua buah karya itu merupakan ciptaan sastera yang penting, malah sebagai magnum opus atau karya agung. Kerus Melayu umpamanya, dalam tulisannya. "Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi" (Majalah Guru, 1 Julai 1935) berusaha mengangkat atau menyanjung Sejarah Melayu kerana memberikan fokus kepada ketokohan, kebijaksanaan dan kepahlawanan watak-watak seperti Tun Perak, Bendahara Seri Maharaja dan Hang Tuan lima bersaudara. Watak-watak itu dikagumi dan disanjungi sebagai kebanggaan bangsa. Dari aspek gaya bahasa, Keris Melayu juga menyatakan bahawa "bahasa Melayu yang digunakan oleh Tun Seri Lanang asli, jelas serta sedap pula didengar kalau dibacakan" (Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid II, 1990: 402). Di samping berusaha mentafsir makna tersirat beberapa pantun dalam Sejarah Melayu, sikap memuji dan mengagumi hasil karya Tun Seri Lanang itu dibauri sentimen. Namun hal itu bukan aneh kerana ia sinambungan ciri tradisional masyarakat Melayu zaman-berzaman. Kritikan sanjungan ditujukan juga kepada pengarang kerana memiliki daya intelektual, ketajaman, dan kebernasan pemikiran. Abdullah Munsyi umpamanya diiktiraf pelopor atau Bapa Kesusasteraan Melayu Moden, terutama dilihat dari perspektif gaya bahasanya, iaitu penulisan berbentuk autobiografi yang bersifat kewartawanan.
2. Kritikan Teguran TEGURAN bermaksud mengkritik dan memberi peringatan secara ikhlas. Oleh itu kritikan teguran praktikal kerana pengkritik melaksanakan tulisannya dengan lebih berimbang -- menyatakan keistimewaan, kekuatan sesebuah teks dan serentak menunjukkan kekurangan. Tokoh terawal dan penting dalam kritikan teguran ialah Aminuddin Baki apabila beliau menulis artikel yang berjudul "Pandangan Seorang Penuntut Tinggi Kita Tentang Sebuah Buku Melayu" (Utusan Zaman, 12 Jun 1949). Aminuddin Baki melaksanakannya sewaktu mengulas novel Korban Kesucian oleh Keris Mas, terbitan Utusan Melayu. Antara lain beliau menegur. … plotnya yang dikatakan bergerak seperti aliran sungai yang tidak dapat menentukan letak kedudukan serta pendirian watak-watak … gaya bahasa Keris Mas yang terlalu dipengaruhi oleh bahasa Inggeris … (Sejaran Kesusasteraan Melayu Jilid II. 1990: 408) Yang agak ketara dalam kritikan Aminuddin Baki adalah sikap intelektualnya dan jika dibandingkan dengan kritikan Keris Melayu pada 1935 itu, ternyata beliau tidak dipengaruhi emosi dan sentimen serta tidak mengecam pengarang seperti kritikan Anak Negeri terhadap Abdullah Munsyi. Banyak sarjana setempat bersetuju dan mengklafikasikan kritikan Aminuddin Baki itu menepati konsep kritikan kesusasteraan. Malah, Wong Seng Tong menganggapnya Muhammad Yassin Maamor sebagai kritikan praktikal terbaik yang pernah dihasilkan. Daripada tulisan Aminuddin Baki itu, jagat kritikan tanah air memperoleh landasan yang lebih kukuh dan mantap setelah melalui suatu era yang agak sarat dengan tulisan kritikan yang ekstrem menyanjung atau mengecam.
3. Kritikan Saranan ISTILAH saranan bermakna anjuran atau sesuatu yang disarankan. Bagaimanapun, istilah ini membawa konotasi lain iaitu sebagai propaganda. Oleh itu, kritikan saranan merupakan kritikan yang cenderung menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau memantapkan lagi unsur-unsur yang membina sesebuah karya atau memberi alternatif dari sisi teknik umpamanya. Jelas, kritikan saranan mengalirkan nilai positif dan amat signifikan kepada khalayak pembaca, pengarang dan ujana kritikan sastera ;itu sendiri.
Kita menyedari betapa teks sastera itu bersifat subjektif sifatnya. Dalam melaksanakan kerja kritikan sastera pula pengkritikan sewajarnya bertindak secara objektif dan prihatin serta profesional. Dalam konteks ini, kritikan Aminuddin Baki terhadap novel Korban Kesucian, karya Keris Mas menepati kehendak atau konsep kritikan saranan. Malah, ketika menegur, Aminuddin Baki memberi saranan positif tentang unsur kreatif seperti gaya bahasa, plot, teknik, dan watak sserta perwatakan dalam karya Keris Mas. Kesemuanya itu dilaksanakan bertujuan untuk pembaikan bagi menghasilkan cereka novel yang berkesan, bermutu dan berjaya.
Kritikan saranan ini banyak dihasilkan oleh pengkritik di tanah air sehingga akhir abad ini. Ramli Isin, Abdullah Hussain, Kala Dewata, dan Hashim Awang pernah menghasilkan kritikan saranan ini dalam media cetak sejak tahun 1960-an, di samping memberi kritikan penilaian dan menerapkan pendekatan tertentu pula.
Kritikan saranan yang cenderung kepada propaganda agak dominan lantang dan jelas pada era kegemilangan ASAS '50. Ini berlaku kerana tercetusnya polemik dalam memperjuangkan falsafah berkarya antara konsep "Seni untuk Masyarakat" yang dipelopori oleh Asraf dengan konsep "Seni untuk Seni" yang dianuti oleh Hamzah.
Golongan "Seni untuk Masyarakat" mementingkan perutusan, pengajaran, dan berfungsi memberi kesedaran kepada masyarakat. Jelas bahawa fungsi sosial itu menjadi matlamat berkarya. Jika tidak, karya dianggap gagal. Hamzah dan pengikutnya tidak menyetujui konsep itu. Karya sastera seharusnya memiliki dwifungsi - menghibur dan mendidik. Faktor keindahan seharusnya tidak terabai untuk mengelakkan karya daripada terjerumus ke kekancah propaganda.
Polemik yang berkisar pada tahun 1950 - 1951 itu mencetuskan pergeseran yang seru dan hebat. Asraf dan pengikutnya dalam kelompok "Seni untuk Masyarakat" amat cenderung kepada sastera komited atau literature engage yang ada ketika itu popular di Perancis. Sementara di Indonesia pula, Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) ditubuhkan dengan konsep seiras dengan "Seni untuk Masyarakat". malah, LEKRA lebih berani, lantang, dan agresif mengangkat karya sastera sebagai medium propaganda membentuk kehidupan rakyat yang menjurus kepada ideologi politik. Pada ghalibnya, kritikan saranan itu memperlihatkan nilai positif bagi memperbaiki dan memenatapkan karya pengarang selagi ia tidak mendorong atau memaksa sesuatu anutan kepada pengarang dan selagi ia bersikap terbuka tanpa sebarang kekangan yang membelenggu. (Bersambung)

No comments:
Post a Comment