PERTEMBUNGAN NILAI TIMUR-BARAT DAN EMANSIPASI WANITA MERUPAKAN PERSOALAN-PESOALAN PENTING DALAM NOVEL-NOVEL MELAYU SEBELUM PERANG.HURAIKAN PERNYATAAN DI ATAS. (25 MARKAH)
CONTOH JAWAPAN:
Pertembungan nilai Timur-Barat:
- Abdullah hidup di Melaka dan Singapura yang jatuh ke tangan Inggeris, Abdullah melihat kekuasaan barat dan kejatuhan Melayu. Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah menggambarkan pertembungan nilai-nilai timur-barat melalui gambaran hidup masyarakat masyarakat Melayu. baginya masyarakatMelayu tidak mementingkan kebersihan dan sebagainya.
- Abdullah juga menceritakan keruntuhan kerajaan Melaka dan Singapura yang dikaitkan dengan kelemahan sistem feudal.
- Pada pendapatnya, orang-orang Barat mempunyai nlai rajin, berilmu dan sebaganya seperi yang terdapat pada diri Raffles.
- melalui novel Iakah Salmah Ahmad Rashid Talu menceritakan masyarakat Melayu yang kolot.
- Salmah yang hidup ala moden tidak disenangi oleh masyarakat sekeliling.
- Salmah berjaya menyedarkan Malikun yang bersifat kolot.
- melalui novel Kawan Benar, Ahmad rashid Talumenggambarkan kesan buruk nilai barat dalam masyarakat.
- dijelaskan mengenai Abdul Zar yang terpengaruh dengan cara hidup barat dan merosakkan dirinya sendiri.
- cerpen yang dihasikan sekitar tahun 1930-an hingga 1941 memaparkan tentang keruntuhan akhlak muda-mudi akibat pengaruh barat.
- cerpen Bertukar Agama Kerana Cinta karya Abdul Rahman Ahmad adalah salah satu cerpen yang menceritakan kesan buruk pengaruh barat.
- cerpen ini memaparkan tentang anak-anak muda yang tidak menerima didikan agama secukupnya menyebabkan mereka sanggup menkar agama kerana cinta.
Emansipasi wanita
- mula diketengahkan oleh syed Sheikh Al-Hadi menerusi novel Hikayat Faridah Hanum.
- menerusi hikayat ini, penulis memperjuangkan kebebasan wanita dari segi pendidikan, pergaulan dan bebas bersuara.
- melalui novel Iakah Salmah karya Ahmad Rashid Talu, pengarang mendedahkan sikap Salmah yang lebih tegas memperjuangkan kebebasan.
- tindakan Salamah dianggap lebih berani dan mendapat tentangan.
- dia bergerak cergas tanpa ditemani oleh orang lain dan sikapnya ini dikecam oleh masyarakat sekeliling.
- beza novel Hikayat Faridah Hanum dan Iakah Salmah HFH- lebih berkisar tentang pendapat, IS- melalui tindakan
1 comment:
Aslkm.Erm nak tanye ni soalan2 yang ade dalam blog ni especially soalan ni,semuanyer soalan spot/jangkaan tuan ker ? hehe
Post a Comment