Tuesday, August 19, 2008

DRAMA: MALAM INI PENYU MENANGIS
SOALAN: Berdasarkan drama "Malam ini Penyu Menangis" karya Nordin Hassan seperti yang terdapat dalam teks Mutiara sastera Melayu Moden:
(a) Bukitkan bahawa drama ini bukan bersifat realisme. (9 markah)
(b) Jelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam drama ini. (16 markah)
Contoh Jawapan:
soalan (a)
ciri-ciri yang memperlihatkan dama ini bukan bersifat realisme ialah:
i. penggunaan unsur simbolik:
-terdapat satu lembaga hitam yang besar kakinya untuk memperlihatkan tentang JM Aziz mula diserang penyakit kusta.
ii. menyelitkan unsur tarian dan nyanyian:
-membawa mesej-mesej tertentu kerana ia mengaitkan peristiwa yang sudah berlaku ataupun akan berlaku.
iii. penggunaan puisi yang meluas:
-penggunaan puisi yang meluas dalam drama inimemperlihatkan adanya penyelitan unsur hiburan walaupun puisi-puisnya berkait rapat dengan jalan cerita. Pengarang cuba mengimbau khalayak dengan unsur-unsur seni yang ketara melalui persembahanya.
Soalan (b)
pengajaran-pengajaan yang terdapat dalam drama ini ialah:
i. pentingnya kita mengharga jasa anak seni:
-menerusi drama ini, dapat dilihat dengan jelas bagaimana pementasan drama ini merupakan penghargaan terhadap jasa J.M. Aziz dalam bidang seni.
ii. pentingnya kasih sayang dan simpati:
-dijelaskan kasih sayang Minah menjaga Mamat dengan penuh perhatian. Begitu juga denan Cik Lijah yang menjaga J.M. Aziz dengan baik ketika J.M. Aziz mengidap penyakit kusta.
iii. kta handaklah gigih dalam menjalani kehidupan seharian:
-drama ini menceritakan tentang kegigihan J.M Aziz dalam menjalani kehidupan sehariannya terutama selepas beliau mengidap penyakit kusta. Beliau terus menghasilkan luisi-puisi walaupan menanggung penderitaan.
iv. kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air.
-dalam drama ini, diceritakan mengenai semangat cinta akan tanah air menerusi watak J.M. Aziz dan juga Nik yang berkhidmat sebagai polis hutan. Ketika ini, mereka menentang komunis.

2 comments:

Aransia Lerant said...

apa nilai-nilai yang terdapat dalam drama ini?

PROSTAR Penang said...

bleh tlg beri jawapan dlm bentuk fakta+huraian+contoh yg lengkap x..?