Saturday, August 16, 2008

SEJARAH KESUASTERAAN MELAYU MODEN

SOALAN:
PERTEMBUNGAN NILAI TIMUR-BARAT DAN EMANSIPASI WANITA MERUPAKAN PERSOALAN-PESOALAN PENTING DALAM NOVEL-NOVEL MELAYU SEBELUM PERANG.HURAIKAN PERNYATAAN DI ATAS. (25 MARKAH)

CONTOH JAWAPAN:
Pertembungan nilai Timur-Barat:
  • Abdullah hidup di Melaka dan Singapura yang jatuh ke tangan Inggeris, Abdullah melihat kekuasaan barat dan kejatuhan Melayu. Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah menggambarkan pertembungan nilai-nilai timur-barat melalui gambaran hidup masyarakat masyarakat Melayu. baginya masyarakatMelayu tidak mementingkan kebersihan dan sebagainya.
  • Abdullah juga menceritakan keruntuhan kerajaan Melaka dan Singapura yang dikaitkan dengan kelemahan sistem feudal.
  • Pada pendapatnya, orang-orang Barat mempunyai nlai rajin, berilmu dan sebaganya seperi yang terdapat pada diri Raffles.
  • melalui novel Iakah Salmah Ahmad Rashid Talu menceritakan masyarakat Melayu yang kolot.
  • Salmah yang hidup ala moden tidak disenangi oleh masyarakat sekeliling.
  • Salmah berjaya menyedarkan Malikun yang bersifat kolot.
  • melalui novel Kawan Benar, Ahmad rashid Talumenggambarkan kesan buruk nilai barat dalam masyarakat.
  • dijelaskan mengenai Abdul Zar yang terpengaruh dengan cara hidup barat dan merosakkan dirinya sendiri.
  • cerpen yang dihasikan sekitar tahun 1930-an hingga 1941 memaparkan tentang keruntuhan akhlak muda-mudi akibat pengaruh barat.
  • cerpen Bertukar Agama Kerana Cinta karya Abdul Rahman Ahmad adalah salah satu cerpen yang menceritakan kesan buruk pengaruh barat.
  • cerpen ini memaparkan tentang anak-anak muda yang tidak menerima didikan agama secukupnya menyebabkan mereka sanggup menkar agama kerana cinta.

Emansipasi wanita

  • mula diketengahkan oleh syed Sheikh Al-Hadi menerusi novel Hikayat Faridah Hanum.
  • menerusi hikayat ini, penulis memperjuangkan kebebasan wanita dari segi pendidikan, pergaulan dan bebas bersuara.
  • melalui novel Iakah Salmah karya Ahmad Rashid Talu, pengarang mendedahkan sikap Salmah yang lebih tegas memperjuangkan kebebasan.
  • tindakan Salamah dianggap lebih berani dan mendapat tentangan.
  • dia bergerak cergas tanpa ditemani oleh orang lain dan sikapnya ini dikecam oleh masyarakat sekeliling.
  • beza novel Hikayat Faridah Hanum dan Iakah Salmah HFH- lebih berkisar tentang pendapat, IS- melalui tindakan

1 comment:

Umar_MoshingR@nger said...

Aslkm.Erm nak tanye ni soalan2 yang ade dalam blog ni especially soalan ni,semuanyer soalan spot/jangkaan tuan ker ? hehe