Monday, August 25, 2008

Ishak Haji Muhammad



Pak Sako

Pak Sako menaiki bas pergi ke pejabat
Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.
Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.
Senarai kandungan[lipat]
1 Hayat awal
2 Penulisan dan politik
3 Utusan Melayu
4 Kesusasteraan
5 Anugerah
6 Kematian
7 Pautan luar
8 Rujukan
//

[sunting] Hayat awal
Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kg. Tengah, Temerloh pada tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928. Pak Sako lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajaran ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Civil Service). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum menyertai dunia penulisan.

[sunting] Penulisan dan politik
Pak Sako bosan dengan kerja sebagai pentadbir British dan mendapati hidup sebagai pentadbir British penuh dengan kepura-puraan, pilih kasih dan tidak mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu yang dikatakan hendak diberikan perlindungan oleh pihak British. Dalam tahun 1934 Pak Sako meletakkan jawatan beliau dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu dan menjelajah Semenanjung Tanah Melayu. Pak Sako kemudiannya menumpukan usaha kepada penulisan, politik nasionalis. Pak Sako dipenjarakan sebanyak dua kali (1948 -1953) dan (1965-1966).

[sunting] Utusan Melayu
Pak Sako merupakan orang yang pertama bercita-cita menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi pengasas kepada penerbitan akhbar tersebut. Beliau meninggalkan Warta Malaya dan menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk berkempen bagi penubuhan Syarikat Utusan Melayu. Pak Sako bertugas di Utusan Melayu di bawah ketua pengarang Abdul Rahim Kajai. Semasa pemerintahan Jepun, Pak Sako menjadi pengarang Berita Malai.
Pak Sako terus tinggal di Hulu Langat walaupun bekerja di Kuala Lumpur. Untuk ke pejabat, Pak Sako menggunakan pengangkutan awam. Buat seketika Pak Sako mempunyai sebuah kereta Fiat semasa dia bekerja di Rembau… tetapi Pak Sako tidak memandu, dan terpaksa menggunakan drebar. [1]

[sunting] Kesusasteraan
Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei dan memoir serta turut menulis rencana untuk akhbar Kumpulan Utusan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia memperolehi lebih dari 1,000 naskhah koleksi kesusasteraan hasilan beliau. Di samping itu, beliau juga telah menghasilkan 2 buah karya yang terkenal iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila yang mencerminkan pandangan dan cita-cita beliau sebagai patriot dan sasterawan. Beliau juga bergiat cergas untuk menulis cerpen. Nukilan tersohor Pak Sako, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novel satira yang ditujukan kepada orang-orang British dan juga sebagai kritikan kepada orang-orang British. Pak Sako memberatkan kebudayaan Melayu dalam penulisannya, dan mengagungkan budaya Melayu dengan membandingkannya dengan budaya Inggeris yang kurang kualiti dan terlalu agresif.

[sunting] Anugerah
Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, Universiti Malaya telah menganugerahkan kepadanya Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pada 29 Jun 1973. Pada 29 Mei 1976, Pak Sako telah menerima anugerah "Pejuang Sastera" daripada Perdana Menteri. Hasil penulisannya termasuk:-
Budak beca. Marang: Mohamad bin A. Rahman, 1957.
Judi karam. Singapura: Geliga, 1958.
Pengantin baru. Singapura: Geliga.
Putera Gunung Tahan. Singapura: Geliga, 1937.

[sunting] Kematian
Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 di Hulu Langat, Selangor.

[sunting] Pautan luar
http://library.mod.gov.my/WebOPAC/BriefDisplayRetriever.jsp?78942
http://www.pnm.my/new/melayu/koleksi/nadir.htm#sako

[sunting] Rujukan
Harry Aveling, trans., Ishak Haji Muhammad: The Prince of Mount Tahan, Singapore: Heinemann Educational Books, (Asia), 1980.
Harry Aveling, trans., Ishak Haji Muhammad: The Son of Mat Mat Lela, Singapore: Federal Books, 1983.
Ishak Haji Muhammad, "Ilham Mencipta Putera Gunung Tahan", Dewan Sastera, April, 23, 1976.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Ishak_Haji_Muhammad"
Kategori: Pengarang Malaysia Perang Dunia II di Malaysia

No comments: