Saturday, August 16, 2008

Kesusasteraan Melayu II STPM


Soalan:

Penulis dianggap sebagai mata dan telinga masyarakat dan mendedahkannya untuk masyarakat.

a. Huraikan maksud petikan di atas dalam konteks kepentingan sastera terhadap masyarakat. (9 markah)
b. Pernyataan tersebut ada kaitannya dengan peranan ASAS 50. Buktikan.
(16 markah)
Contoh Jawapan:
(a) Makksud petikan:
-mata dan telinga - penulis menggunakan pancaindera mata-untuk melihat
dan telinga - untuk mendengar.
-apa yang dilihat dan didengar, ditulis dalam bentuk kreatif untuk tatapan masyarakat.
-masyarakat- orang awam, orang ramai
-penulis - golongan orang seni
-golongan penulis menulis masalah-masalah yang terdapat dalam masyarakat, untuk diketengahka kepada masayarakat, untuk tatapan masyarakat.
Kepentingan untuk masyarakat: masalah-masalah masyarakat dipaparkan kepada masyarakat supaya masyarakat sedar akab kelemahan mereka, sama-sama mencari jalan menyelesaikan masalah tersrbut.
(b) ada kaitan dengan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Bergiat cergas di Singapura. Mereka berkarya untuk dipaparkan kepada masyarakat yang bertujuan memajukan masyarakat.
-masyarakat ketika itu dahagakan kemerdekaan. Mereka masih dibelenggu penjajah. Akibatnya mereka dibelenggu kemiskinan, mereka ditindas oleh penjajah
-lahir karya-karya yang berkonsepkan seni untuk masyarakat.
-lahir slogan "Seni Untuk Masyarakat".
-Lahirlah penyajak-penyajak seperti Masuri S.N dan Usman Awang. Sajak-sajak mereka banyak memaparkan kemiskinan hidup kaum nelayan, petani dan kaum buruh.Cerpen-cerpen Keris Mas juga banyak memaparkan perkara-perkara yang sama.
-Oleh itu, ASAS 50 memperjuangkan cita-cita masyarakat yang mahu keluar daripada kepompong kemiskinan dan penindasan oleh pihak penjajah.
-penulis-penulis menyelami pelbagai masalah masyarakat, mengetengahkannya melalui karya-karya mereka untuk tatapan masyarakat.

No comments: