Saturday, August 16, 2008

NOVEL - SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

SOALAN:
Teknik imbas kembali dan imbas muka agak ketara dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.Huraikan dengan memberi contoh-contoh yang sesuai. (25 markah)
Contoh Jawapan:
Imbah Kembali:
  • Tan Sri Syed Aris mengingatkan isterinya tentang kebesaran dajat keturunan Syed.

-menurut Tan Sri Syed Aris, orang yang membesar-besarkanketurunan Syed ialah orang biasa, bukannya di kalangan keturunan Syed. Suatu masa dahulu, dijelaskan bahawa walid tidak suka tangannya dicium, tetapi tangannya dicium juga kkerana anak-anak raja yang menjadi anak muridnya.

  • Ingatan Encik Muhammad dan rakannya kepada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

-Pada zaman itu, penduduk tempatan terpaksa makan pucuk paku dan ubi kayu untuk meneruskan hidup.

  • Cerita lama yang disampaikan oleh Imam Saad kepada Sudin tentang kisah keturunan mereka.

-menurut Imam Saad, moyang Sudin bersama Lebai Masli datang ke kampung tersebut datang ke kampung tersebut pada zaman Orang Kaya Datuk Indera Mat Saman' Lebai Masli dihormati orang kerana ilmunya dan beliau mempunyai pondok. Datuk Mat Saman pun menghormati Lebai Maslidan berguru dengannya.

Imbas Muka

  • Encik Muhamad membayangkan nasib penduduk Kampung Pulai.

-jika penduduk kamung tidak menjual tanah mereka kepada Syraikat lombong Lembah Tualang. Pada pandangannya, nasib buruk akan menimpa penduduk kampung tersebut. Mereka akan hidup miskin dan tinggal di pulau gersang yang dikelilingi oleh timbunan pasir bekas lombong.

  • Bayangan Mahani tentang cabaran hidup yang bakal ditempuhi bersama Rahim.

-ketika Mahani melihat cincin tunang di jari, dia seakan-akan tidak sabar menunggu kepulangan Rahim. Dia merasakan akan dapat menentang setiap penyelewengan yang dialami oleh bangsanya berdasarkan fahaman baru yang dibawa oleh Rahim nanti.

  • Yang Berhormat membabyangkan masa depannya setelah bersara.

-selepas bersara, YB membayangkan masa depannya yang cerah bersama Tauke Chan. Dia yakinakan mendapat bantuan daripada tauke tersebut untuk membesarkan kilang papannya dan kilang itulah yang akan menjadi sumber rezeki hidupnya selepas berhenti daripada menjadi wakil rakyat nanti.

4 comments:

cahya alya said...

salam... sesiapa yang taw kt ner bleh dapatkan drama SDBKL samaada dr youtube, atau pape jer.. plz tlg kasi taw yer!

Aweentommy said...

kalau boleh,letakkan sekali kesemua sinopsis sbdkl..blehlah study melalui blogger ini.ha

Aweentommy said...

kalau boleh latakkan kesemua sinopsis sbdkl. senang nk blajar dr blogger ni..

Anonymous said...

boleh tak berikan unsur sejarah yang terdapat dalam novel SBDKL ni ?